Saturday 10 December 2011

Lain bidang

Saya pernah ditanya, bukan seorang malah ramai orang. Kenapa saya memilih bidang pengajian usuluddin untuk sambung belajar? Kenapa tidak mengambil bidang yang seiring dengan diploma saya yang lepas iaitu bidang pengurusan? Mengapa tidak sambung ke ijazah sains pentadbiran, kewangan, perakaunan atau sumber manusia sahaja seterusnya berpeluang naik pangkat? Mengapa susah2 nak mula dari sijil (kerana saya bukan dari sekolah agama) kemudian baru layak ke diploma eksekutif pengajian usuluddin? Buat apa kumpul diploma banyak2? Ruginya..

Kalau ditanya, saya memang tiada jawapan yang tepat. Semuanya dari gerak hati. Saya pernah bersungguh mencari info, macam mane nak sambung ke ijazah, dalam bidang perakaunan atau sains pentadbiran, mana sumber kewangan boleh dapat, ade tak yang offer belajar secara e-pjj (belajar secara online, tak payah pegi kelas)..saya jumpa beberapa peluang termasuk di bekas U saya, UiTM Shah Alam (hehe). Tapi yang buat saya tawar hati dan patah semangat, ialah subjek2 yang bakal saya hadap nanti. Subjek bosan. Itu aje kesimpulannya.

Berbalik kepada kisah sijil pengajian usuluddin. Jika saya berjaya menamatkan pengajian peringkat sijil, saya layak menyambung ke peringkat diploma eksekutif selama 3 tahun. Saya semak senarai subjek sepanjang sijil & diploma. Semuanya menarik perhatian. Saya rasa inilah yang saya cari. Walaupun pengajian ini tidak ade kena sangat dengan tugas hakiki di pejabat namun sebagai kakitangan di Pusat Pemurnian Akidah, MAIS sudah tentu sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada organisasi seterusnya masyarakat. Kakitangan yang berilmu dan berkualiti barulah betul berada di pusat begitu. Ada modal juga nak beri nasihat atau kaunseling kepada pelatih, kan.

Namun sebab utamanya, cukuplah saya katakan bahawa ini satu dari usaha saya mengenal Tuhan. Bermula dari menghafal, faham dan amal.  Kalau ikutkan mood sendiri, memang tak buat-buat. Guru saya pun beri galakan kepada murid2nya supaya belajar dari sumber atau guru lain juga. Alhamdulillah, bila banyak guru, banyak kefahaman datang.

 Nota bulan Nov-Dis 2011. Asas Akidah I. Baru tamat siang tadi

 Dr Fauzi Hamat, pensyarah kami yang selalu datang lambat

Malam ni agak lapang, jadi cukuplah tulisan untuk malam ni. Sebentar lagi,  niatnya nak belek2 nota Akidah tu, hafal ape yang patut. Jumpa lagi..







 

Wednesday 7 December 2011

EMAS modal dah ade, bila lagi nak mula? - Bhg. 3

Seperti yang saya tulis sebelum ini, pada masa itu saya sedang menunggu Sales Order (SO) dari Public Gold (PG). Pagi semalam buka email, nampak email PG. Saya download SO yang dilampirkan. Di dalam SO terdapat item-item stok yang saya order, dengan jumlahnya sekali. Di sana sudah ada kod agen untuk saya.

Selepas tu, saya bank-in jumlah yang tertera di SO. Di SO diberi pilihan sama ada bank-in di Public Bank atau di Maybank. Saya memilih untuk ke Public Bank memandangkan saya ada urusan pejabat juga di sana.

Kemudian saya fax bank-in slip ke PG di Penang. Saya sertakan nombor SO dan kod agen sekali. Kemudian saya hubungi pihak PG di Penang untuk memastikan mereka sudah menerima fax saya. Staf PG di Penang sungguh mesra dan mudah saja berurusan dengan mereka. Saya kemudiannya diminta menghubungi PG cawangan Sunway selepas 10minit untuk membuat temujanji mengambil stok di sana. Ternyata saya boleh mengambil stok petang itu juga tapi saya rasa tidak sempat kerana sudah petang.

Pada 1 Disember 2011, saya dan suami ke PG Sunway untuk collect stock. Mujur ade member pemandu teksi, senang nak cari jalan. Sampai saja, suami set koordinat garmin. Senang, lain kali datang taklah sesat. Pejabat PG biasa-biasa saja, berada di tingkat 2. Nak masuk, kena ngadap pakcik guard dulu, daftar kendian baru boleh naik atas. Customer agak ramai..ruang menunggu kurang selesa sikit tapi masih ok buat saya dan suami. Kemudian kami dipanggil. Miss Jess yang manis melayan kami di kaunter penyerahan. Cekap orangnya dan sabar melayani soalan-soalan saya yang entah ape-ape, sambil tangannya ligat mengurus, mencatit, mengumpul barang-barang ke dalam beg PG yang cumel. Tak habis soalan saya, suami dah cuit, supaya saya memendekkan sesi menyoal memandangkan ramai lagi yang menunggu dalam barisan.  

Modal dah selamat dilebur, emas di dalam tangan. Lega semua urusan sudah selesai. Ini baru permulaan hidup saya sebagai dealer.

  Yang bulat2 tu 1dinar, yang segiempat tepat tu dari atas  bar 50g, 20g, dan 10gx2.

Perhatikan nombor siri di sijilnya. Sama dengan yang tercetak di atas bar. Memang tak dapat nampak sebab ambil gambar guna enset aje. Tak dapat nak zoom. Pada 1dinar tiada nombor siri tapi masih bersijil dan bernombor siri.

Sekarang saya sudah sah menjadi dealer PG yang sah bernombor PG016702. Alhamdulillah..