Wednesday 7 December 2011

EMAS modal dah ade, bila lagi nak mula? - Bhg. 3

Seperti yang saya tulis sebelum ini, pada masa itu saya sedang menunggu Sales Order (SO) dari Public Gold (PG). Pagi semalam buka email, nampak email PG. Saya download SO yang dilampirkan. Di dalam SO terdapat item-item stok yang saya order, dengan jumlahnya sekali. Di sana sudah ada kod agen untuk saya.

Selepas tu, saya bank-in jumlah yang tertera di SO. Di SO diberi pilihan sama ada bank-in di Public Bank atau di Maybank. Saya memilih untuk ke Public Bank memandangkan saya ada urusan pejabat juga di sana.

Kemudian saya fax bank-in slip ke PG di Penang. Saya sertakan nombor SO dan kod agen sekali. Kemudian saya hubungi pihak PG di Penang untuk memastikan mereka sudah menerima fax saya. Staf PG di Penang sungguh mesra dan mudah saja berurusan dengan mereka. Saya kemudiannya diminta menghubungi PG cawangan Sunway selepas 10minit untuk membuat temujanji mengambil stok di sana. Ternyata saya boleh mengambil stok petang itu juga tapi saya rasa tidak sempat kerana sudah petang.

Pada 1 Disember 2011, saya dan suami ke PG Sunway untuk collect stock. Mujur ade member pemandu teksi, senang nak cari jalan. Sampai saja, suami set koordinat garmin. Senang, lain kali datang taklah sesat. Pejabat PG biasa-biasa saja, berada di tingkat 2. Nak masuk, kena ngadap pakcik guard dulu, daftar kendian baru boleh naik atas. Customer agak ramai..ruang menunggu kurang selesa sikit tapi masih ok buat saya dan suami. Kemudian kami dipanggil. Miss Jess yang manis melayan kami di kaunter penyerahan. Cekap orangnya dan sabar melayani soalan-soalan saya yang entah ape-ape, sambil tangannya ligat mengurus, mencatit, mengumpul barang-barang ke dalam beg PG yang cumel. Tak habis soalan saya, suami dah cuit, supaya saya memendekkan sesi menyoal memandangkan ramai lagi yang menunggu dalam barisan.  

Modal dah selamat dilebur, emas di dalam tangan. Lega semua urusan sudah selesai. Ini baru permulaan hidup saya sebagai dealer.

  Yang bulat2 tu 1dinar, yang segiempat tepat tu dari atas  bar 50g, 20g, dan 10gx2.

Perhatikan nombor siri di sijilnya. Sama dengan yang tercetak di atas bar. Memang tak dapat nampak sebab ambil gambar guna enset aje. Tak dapat nak zoom. Pada 1dinar tiada nombor siri tapi masih bersijil dan bernombor siri.

Sekarang saya sudah sah menjadi dealer PG yang sah bernombor PG016702. Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment