Saturday 10 December 2011

Lain bidang

Saya pernah ditanya, bukan seorang malah ramai orang. Kenapa saya memilih bidang pengajian usuluddin untuk sambung belajar? Kenapa tidak mengambil bidang yang seiring dengan diploma saya yang lepas iaitu bidang pengurusan? Mengapa tidak sambung ke ijazah sains pentadbiran, kewangan, perakaunan atau sumber manusia sahaja seterusnya berpeluang naik pangkat? Mengapa susah2 nak mula dari sijil (kerana saya bukan dari sekolah agama) kemudian baru layak ke diploma eksekutif pengajian usuluddin? Buat apa kumpul diploma banyak2? Ruginya..

Kalau ditanya, saya memang tiada jawapan yang tepat. Semuanya dari gerak hati. Saya pernah bersungguh mencari info, macam mane nak sambung ke ijazah, dalam bidang perakaunan atau sains pentadbiran, mana sumber kewangan boleh dapat, ade tak yang offer belajar secara e-pjj (belajar secara online, tak payah pegi kelas)..saya jumpa beberapa peluang termasuk di bekas U saya, UiTM Shah Alam (hehe). Tapi yang buat saya tawar hati dan patah semangat, ialah subjek2 yang bakal saya hadap nanti. Subjek bosan. Itu aje kesimpulannya.

Berbalik kepada kisah sijil pengajian usuluddin. Jika saya berjaya menamatkan pengajian peringkat sijil, saya layak menyambung ke peringkat diploma eksekutif selama 3 tahun. Saya semak senarai subjek sepanjang sijil & diploma. Semuanya menarik perhatian. Saya rasa inilah yang saya cari. Walaupun pengajian ini tidak ade kena sangat dengan tugas hakiki di pejabat namun sebagai kakitangan di Pusat Pemurnian Akidah, MAIS sudah tentu sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada organisasi seterusnya masyarakat. Kakitangan yang berilmu dan berkualiti barulah betul berada di pusat begitu. Ada modal juga nak beri nasihat atau kaunseling kepada pelatih, kan.

Namun sebab utamanya, cukuplah saya katakan bahawa ini satu dari usaha saya mengenal Tuhan. Bermula dari menghafal, faham dan amal.  Kalau ikutkan mood sendiri, memang tak buat-buat. Guru saya pun beri galakan kepada murid2nya supaya belajar dari sumber atau guru lain juga. Alhamdulillah, bila banyak guru, banyak kefahaman datang.

 Nota bulan Nov-Dis 2011. Asas Akidah I. Baru tamat siang tadi

 Dr Fauzi Hamat, pensyarah kami yang selalu datang lambat

Malam ni agak lapang, jadi cukuplah tulisan untuk malam ni. Sebentar lagi,  niatnya nak belek2 nota Akidah tu, hafal ape yang patut. Jumpa lagi..







 

Wednesday 7 December 2011

EMAS modal dah ade, bila lagi nak mula? - Bhg. 3

Seperti yang saya tulis sebelum ini, pada masa itu saya sedang menunggu Sales Order (SO) dari Public Gold (PG). Pagi semalam buka email, nampak email PG. Saya download SO yang dilampirkan. Di dalam SO terdapat item-item stok yang saya order, dengan jumlahnya sekali. Di sana sudah ada kod agen untuk saya.

Selepas tu, saya bank-in jumlah yang tertera di SO. Di SO diberi pilihan sama ada bank-in di Public Bank atau di Maybank. Saya memilih untuk ke Public Bank memandangkan saya ada urusan pejabat juga di sana.

Kemudian saya fax bank-in slip ke PG di Penang. Saya sertakan nombor SO dan kod agen sekali. Kemudian saya hubungi pihak PG di Penang untuk memastikan mereka sudah menerima fax saya. Staf PG di Penang sungguh mesra dan mudah saja berurusan dengan mereka. Saya kemudiannya diminta menghubungi PG cawangan Sunway selepas 10minit untuk membuat temujanji mengambil stok di sana. Ternyata saya boleh mengambil stok petang itu juga tapi saya rasa tidak sempat kerana sudah petang.

Pada 1 Disember 2011, saya dan suami ke PG Sunway untuk collect stock. Mujur ade member pemandu teksi, senang nak cari jalan. Sampai saja, suami set koordinat garmin. Senang, lain kali datang taklah sesat. Pejabat PG biasa-biasa saja, berada di tingkat 2. Nak masuk, kena ngadap pakcik guard dulu, daftar kendian baru boleh naik atas. Customer agak ramai..ruang menunggu kurang selesa sikit tapi masih ok buat saya dan suami. Kemudian kami dipanggil. Miss Jess yang manis melayan kami di kaunter penyerahan. Cekap orangnya dan sabar melayani soalan-soalan saya yang entah ape-ape, sambil tangannya ligat mengurus, mencatit, mengumpul barang-barang ke dalam beg PG yang cumel. Tak habis soalan saya, suami dah cuit, supaya saya memendekkan sesi menyoal memandangkan ramai lagi yang menunggu dalam barisan.  

Modal dah selamat dilebur, emas di dalam tangan. Lega semua urusan sudah selesai. Ini baru permulaan hidup saya sebagai dealer.

  Yang bulat2 tu 1dinar, yang segiempat tepat tu dari atas  bar 50g, 20g, dan 10gx2.

Perhatikan nombor siri di sijilnya. Sama dengan yang tercetak di atas bar. Memang tak dapat nampak sebab ambil gambar guna enset aje. Tak dapat nak zoom. Pada 1dinar tiada nombor siri tapi masih bersijil dan bernombor siri.

Sekarang saya sudah sah menjadi dealer PG yang sah bernombor PG016702. Alhamdulillah..

Sunday 20 November 2011

EMAS modal dah ade, bila lagi nak mula? - Bhg. 2

Hari Jumaat 18 November 2011 kami suami isteri nekad nak melibatkan diri dengan perniagaan emas sekarang walaupun mentor kami menasihatkan supaya tunggu hingga Raya Cina, semasa harga emas turun. Gerak hati kata, locklah harga emas sekarang..jadilah dealer sekarang. Saya berhubung dengan mentor, Norfazilah Abd Mohd untuk memintanya menge'lock' harga emas untuk saya. Alhamdulillah saya dapat harga RM193/gram. Kira oklah tu berbanding sebelum ni mencecah RM197/gram.

Saya order emas seperti di bawah:

gold bar 50g 1 unit = RM9520

gold bar 20g 1 unit = RM3826

gold bar 10g 2 unit = RM1931 x 2

dinar 4 unit = RM784 x 4

Jumlah kesemuanya RM20,344.00 + RM50.00 = RM20,394.00

Nota: RM50 tu untuk transportation fee charged by PG

Syarat nak jadi dealer emas ni, kena ade modal RM20k. Alhamdulillah..semuanya sudah dirancang rapi oleh Allah, maka saya ada jumlah sebanyak itu. Keperluan yang tepat pada masa yang tepat.

RM20K..standby dah

Selepas ni, saya kena tunggu Sales Order (SO) dari pihak Public Gold (PG). Kata mentor, dalam hari ini atau esok, SO tu sampai lah melalui email. Lepas tu, bank-in jumlah di atas kepada PG. Kemudian untuk dapat stok emas, bawa bank-in slip dan SO tadi ke PG. Insya allah semua proses boleh dilakukan dalam minggu ini.

Mudah-mudahan semua urusan dipermudahkanNya. Amiin

Satu...dua...tiga...empat....

Sepanjang sejarah manusia, kalau kita lihat dari dulu sampai sekarang, dalam soal unit keluarga ini ada berbagai-bagai bentuk amalan. Ada suku-suku bangsa yang mengamalkan sistem polyandry, yang sangat bertentangan dengan fitrah manusia.

Polyandry ini ialah isteri yang mempunyai lebih daripada satu suami. Ini berlaku pada suku-suku kaum yang mundur, misalnya kaum asli atau Aborigin. Di dalam sistem ini seorang perempuan boleh mempunyai dua atau tiga suami, kadang-kadang berbelas-belas suami. Semua suami berkhidmat kepada isteri tersebut. Ia mirip kepada sistem hidup semut atau lebah di mana ketuanya adalah permaisuri. Permaisurilah yang mengarahkan segala-galanya.

Islam membawa satu sistem yang bertentangan dengan itu, iaitu poligami, di mana seorang suami boleh mempunyai banyak isteri. Sekali imbas, kalaulah poligami dalam Islam ini tidak dikaji betul-betul kebaikan dan hikmahnya, maka kebanyakan manusia terutama para orientalis dan orang-orang Islam sendiri yang tidak faham atau yang tidak dididik secara Islam, akan menganggap bahawa poligami ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah satu cara untuk orang lelaki menindas kaum perempuan atau untuk memuaskan nafsu mereka terhadap kaum perempuan. Maka timbullah berbagai fitnah terhadap orang yang berpoligami.

Tambahan pula ada orang-orang Islam yang berpoligami tetapi tidak mengikut cara berpoligami yang sebetulnya. Antaranya, berlaku ketidakadilan, tidak membela, mengabaikan anak, tinggal isteri lama-lama dan lain-lain lagi sehingga timbullah masalah dalam masyarakat. Maka buruklah rupa poligami itu walaupun yang sebenarnya hikmahnya sangat besar.

Poligami jadi buruk kerana orang yang mengamalkannya tidak mengikut cara sebagaimana sepatutnya. Hilanglah cantik dan indahnya amalan poligami ini. Lalu bagi yang tidak faham dan juga bagi para orientalis, inilah kesempatan untuk mereka menekan, mencemuh serta menghinakannya.

Termasuk golongan yang tidak menyokong poligami ini ialah kaum wanita Islam yang tidak faham dan yang mengukur dan menilainya dengan perasaan dan hawa nafsu mereka semata-mata. Mereka menentang poligami atas alasan tidak mahu berkongsi kasih sayang suami, suami tidak akan berlaku adil dan sebagainya.

Sebenarnya kasih sayang itu bukan mata benda macam duit yang kalau dikongsi, takut-takut tidak cukup atau jadi kurang. Ia perkara maknawi yang tidak boleh disukat dengan dacing atau gantang. Ia ibarat air laut. Sebanyak mana pun bekas yang dibawa, diisi penuh dengan air laut tidak akan habis malahan sedikit pun tidak akan luak atau kurang. Kalau isteri itu solehah dan berakhlak, tetap suami akan sayang.

Kalau ada empat isteri yang semuanya solehah dan berakhlak, keempat-empatnya suami akan sayang. Kalau isteri degil, jahat dan tidak berakhlak, tidak ada suami yang akan sayang walaupun dia seorang sahaja isterinya. Kasih sayang bukan benda yang dikongsi-kongsi. Masing-masing boleh ambil mengikut hak masing-masing tertakluk kepada syarat sama ada mereka itu menyenangkan hati suami dan layak diberi kasih sayang ataupun tidak.

Adil pula bererti menaruh hak pada yang hak. Adil tidak bermaksud pembahagian sama rata. Kalau seorang suami mempunyai ramai isteri dan setiap isterinya diberi nafkah mengikut keperluan masing-masing walaupun nilainya tidak sama di antara satu sama lain, itu adalah adil namanya sebab keperluan setiap isteri itu tidak sama.

Apa yang sebenarnya ditakuti oleh wanita yang menentang poligami atas dasar takut suami tidak adil sebenarnya ialah kerana mereka mahu membolot kesemua harta dan wang suami untuk diri mereka seorang sahaja dan tidak mahu berkongsi harta dan wang suami dengan orang lain. Kalau inilah sebab yang sebenarnya, maka jangan gunakan alasan adil atau tidak adil kerana ini tidak ada sangkut-paut dengan keadilan.

Memang Allah jadikan lelaki itu sifat semulajadinya polygamous atau suka pada lebih dari seorang isteri. Syariat Islam juga sesuai dengan fitrah ini dan lelaki dibenarkan berpoligami. Hikmahnya banyak. Ia boleh cepat meramaikan zuriat. Rasulullah SAW bukan sahaja suka dan gembira malahan megah melihat umatnya ramai.

Tambahan pada itu, orang perempuan ada banyak masa uzur. Contohnya semasa haid atau setelah bersalin. Ada yang haid sampai lima belas hari. Tetapi orang lelaki sentiasa bersedia atau sentiasa siap siaga. Oleh itu, seorang isteri tidak akan mampu melayan kehendak suaminya sepanjang masa. Isteri perlu bertolak ansur dan membenarkan suaminya mempunyai isteri-isteri yang lain terutama kalau suaminya jenis yang berkeinginan tinggi.

Lelaki juga, sifat semula jadinya mudah jemu. Ibarat makanan, kalau setiap hari dihidangkan gulai asam pedas, lama-lama dia akan hilang selera walaupun asam pedas itu sedap. Kalau gulai asam pedas itu digilirkan dan diselang seli dengan masak lemak cili api, kari atau gulai tempoyak, maka seleranya terhadap gulai asam pedas akan kekal sampai bila-bila. Selang beberapa hari, dia akan berselera untuk makan gulai asam pedas semula.

Ada peribahasa Inggeris yang berbunyi Variety is the spice of life. Poligami ialah satu jalan untuk mengekalkan kasih sayang antara suami isteri. Belum hilang rindu pada seseorang isteri, sudah terpaksa ditinggalkan untuk giliran isteri yang lain. Dengan demikian, si suami sentiasa dalam keadaan merindui isteri-isterinya. Isteri-isterinya sama juga. Tidak sempat untuk jemu, tidak sempat untuk bosan. Jadi tidak ada ruang untuk pergaduhan dan bermasam-masam muka. Salah sedikit-sedikit mudah sahaja dimaafkan.

Bagi para isteri, melayan suami meletihkan. Kalau suami ada di rumah, isteri terpaksa memberi tumpuan pada suami. Tidak banyak masa terluang untuk membuat perkara-perkara yang diminati atau yang boleh dijadikan hobi seperti menjahit ke, crochet ke, menanam orkid ke, buat parti tupperware ke dan sebagainya. Tambahan lagi, kalau suami sentiasa ada di rumah, lama-kelamaan layanan akan jadi hambar. Sampai satu ketika, masing-masing akan buat hal masing-masing.

Dalam poligami, ada giliran. Kalau waktu giliran, isteri boleh memberi segala tumpuan untuk melayan suaminya kerana itulah masa pun untuk bersama. Semasa bukan giliran, isteri boleh buat kerja-kerja lain yang dia suka. Maka fikiran dan aktiviti isteri boleh terbuka luas dan tidak jadi terkongkong dan jumud seperti isteri yang tidak bermadu.

Inilah juga peluang untuk isteri yang bermadu berkecimpung di dalam masyarakat, untuk membuat khidmat-khidmat masyarakat dan membina serta membangun masyarakat khususnya dalam hal ehwal dan kebajikan wanita dan kanak-kanak. Ini kerana di kalangan para isteri, ada yang layak dan berkemampuan untuk memimpin dan menggerakkan pertubuhan-pertubuh an wanita.

 Kalau semua masa diperlukan untuk melayan suami semata-mata, masyarakat akan rugi. Sukar bagi isteri yang tidak bermadu hendak berkecimpung dalam masyarakat kerana dia terpaksa melayan suami. Kalau tidak suami akan terabai.

Kalau ramai isteri-isteri yang bermadu, maka ramailah tenaga wanita yang ada untuk menggerakkan pertubuhan-pertubuh an wanita dan memajukan kaum wanita dalam bidang ekonomi dan kemasyarakatan. Biar isteri yang mempunyai giliran sahaja yang melayan suami. Yang tidak mempunyai giliran boleh bergerak dan berkhidmat dalam masyarakat. Masyarakat akan untung. Kaum wanita akan untung.

Wanita Barat sibuk dengan Women's Liberation tetapi apa pun tidak berlaku. Tidak ada hasil. Bising sahaja. Biar wanita Islam sibuk melagangkan poligami dan pada waktu yang sama, kaum wanita Islam membina, membangun dan berkemajuan.

Sebenarnya kalau kita dapat fikirkan dengan waras, kita akan berterima kasih kepada orang lelaki yang mahu berpoligami. Kerana bila seorang lelaki berkahwin, dia hanya selesai satu masalah tetapi dalam masa yang sama dia menempuh 99 masalah. Bagi orang perempuan pula, bila dia berkahwin, dia selesai 99 masalah dan menempuh satu masalah sahaja. Jadi kalau ada lelaki mahu berkahwin, ertinya dia itu berani kerana dia sanggup menempuh 99 masalah. Lebih-lebihlah lagi yang mampu kahwin lebih, 2, 3 atau 4. Maknanya akan timbul 99 x 4 masalah. Orang yang hendak berpoligami ini haruslah seorang yang berani, tahan lasak dan sanggup menanggung risiko.

Poligami sebenarnya adalah satu perjuangan. Melalui poligami ini kita dapat membangunkan berbagai kekuatan. Poligami ini mendidik kita setiap hari. Melalui poligami, tiap saat kita terdidik, sebab kita terpaksa berhadapan dengan kerenah para isteri, berhadapan dengan tanggungjawab dan sebagainya.

Maknanya 24 jam kita terdidik. Hendak tidur pun kita kena tepati tempat dan masa. Berbeza kalau ada seorang isteri.Hendak balik ke rumah atau tidak, hendak tidur di rumah atau tidak, ia terpulang pada suami. Tetapi bila berpoligami, suami sudah tidak bebas lagi. Giliran pada isteri-isteri wajib dipenuhi.

Poligami sebenarnya adalah satu proses tarbiah yang cukup hebat. Dari poligami akan timbul kekuatan-kekuatan lain.Melalui poligami akan tumbuh sifat-sifat baru pada diri kita yang boleh menguatkan kita.

Antaranya ialah sifat sabar. Poligami menjadi tempat latihan bersabar menghadapi bermacam-macam kerenah isteri. Suami akan terlatih bagaimana hendak berpsikologi, berstrategi dan lain-lain.

Ini merupakan pengalaman dan pendidikan yang boleh membantu kita menjadi mantap dari segi mental dan spiritual. Hati dan perasaan kita akan tercanai sehingga benar-benar dapat membangunkan insaniah kita. Seolah-olahnya poligami ini adalah riadhah (latihan) hidup bagi akal, fizikal,hati dan nafsu kita.

Kita akan jadi pandai menyusun hidup dan memaksimumkan penggunaan masa, kewangan dan sebagainya di antara isteri-isteri dan anak-anak kita. Kita akan pandai mengambil hati para isteri dan melayan kehendak fizikal, emosi dan rohani mereka kerana itulah perkara yang akan memberi kepuasan kepada mereka yang kadang-kadang kita abaikan ketika kita beristeri satu. Kita hanya take for granted.

Kita akan sentiasa berusaha untuk berlaku adil dan sifat memaksa diri supaya sentiasa berlaku adil dan tekanan atau tuntutan untuk sentiasa berlaku adil itu sangat berkesan untuk menjadikan kita orang yang adil atau sekurang-kurangnya orang yang berfikiran dan berperasaan adil kerana tuntutan berlaku adil itu sentiasa bermain di dalam fikiran dan hati kita.

Kita bertambah sensitif dan peka terhadap keperluan dan perasaan isteri-isteri kita. Ini boleh menjadikan kita orang yang sensitif dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang-orang lain. Kita akan jadi orang yang lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri.

Dalam keadaan berpoligami, kita akan belajar berfikir habis-habis sebelum kita memperkatakan sesuatu, lebih-lebih lagi sebelum kita berbuat sesuatu. Ini kerana risiko bertindak secara semberono dan melulu mempunyai kesan yang lebih berat di dalam poligami daripada di luar poligami. Banyak hati-hati yang akan tersentuh atau terluka. Dalam monogami,kesilapan, kekasaran dan tindakan yang melulu lebih mudah boleh diterima atau diambil ringan.

Dalam mendidik isteri yang ramai dan supaya mereka lebih mudah menerima didikan kita, kita perlu jadi contoh dan kita perlu serius dengan Tuhan dan hukum-hakam agama. Barulah kita ada wibawa dan isteri-isteri kita mudah patuh dan akur akan kepimpinan kita kerana kita sama-sama ingin menuju kepada keredhaan Tuhan.

Tidak ada ruang dalam poligami bagi suami yang ingkar dengan perintah Tuhan dan yang meringankan agama kerana tidak ada isteri yang akan hormat dan akan memberi ketaatan kepadanya.Disiplin perlu dalam berpoligami. Begitu juga cara hidup yang berperaturan dan berjadual. Poligami mendidik kita supaya berdisiplin dan berperaturan.

Juga dalam menghadapi masalah dan tanggungjawab berpoligami yang lebih berat, suami akan banyak meminta tolong dan bergantung harap dengan Tuhan. Inilah satu sifat yang Allah sangat suka. Hati suami akan banyak mengadu, meminta bantuan dan merintih dengan Tuhan.

Suami akan banyak mengingat Tuhan. Perkara ini juga berlaku kepada para isteri.Dalam hendak memujuk-mujuk hati dan mendidik perasaan, isteri akan juga banyak mengadu dan merintih dengan Tuhan.Berbahagialah para suami dan isteri yang hati mereka sentiasa bersama Tuhan.

Barulah kita nampak bahawa poligami sebenarnya amat baik dan sangat penting. Kalau tidak, tentulah ia tidak menjadi `dakbus solihin atau tradisi para nabi dan rasul, wali-wali dan orang-orang soleh zaman dahulu. Sudah pasti ada sesuatu yang besar dalam poligami.

Walaupun poligami ini telah disingkirkan oleh umat Islam bahkan dicemuhkan, ia sebenarnya mencetuskan berbagai kekuatan. Bukan sahaja bagi pihak suami bahkan isteri juga mendapat manfaat yang banyak dari poligami. Walaupun mereka terpaksa mengurut-urut dada, memujuk-mujuk hati dan terpaksa korban perasaan, mereka juga akan mendapat berbagai kekuatan dalam menempuh ujian hidup berpoligami dan bermadu.

Bagi isteri-isteri yang monogami, hidup mereka banyak berlegar di sekitar suami mereka sahaja. Apa-apa pun 'husband I'. 'Husband I' inilah. 'Husband I' itulah. 'Husband' mereka sudah jadi matlamat, bukan lagi alat untuk menuju kepada Tuhan.

Bukan mudah untuk mengubah sikap dan pegangan ini. Suami mereka lebih banyak di hati mereka dari Tuhan sendiri. Apa-apa pun suami, bukan Tuhan. Poligamilah ubat yang paling mujarab bagi penyakit ini. Apabila sudah bermadu, mereka akan sedar bahawa suami mereka bukan hak mereka seorang. Dia sudah ada isteri-isteri yang lain. Ketika itu hati mereka akan berhijrah daripada suami kepada Tuhan,tempat mereka merintih, mengadu dan memohon kasih sayang.

Kita tidak akan tahu atau nampak cacat hati, sifat mazmumah dan penyakit jiwa yang ada pada seorang isteri ketika dia seorang. Kita sangka dia sudah baik. Bahayanya, dia akan mati membawa penyakit-penyakit tersebut kalau ianya tidak dibongkar dan diubati. Sifat-sifat mazmumah itu ialah dosadosa batin. Isteri itu sendiri tidak akan bertaubat dari dosadosa tersebut kerana dia pun tidak tahu dan tidak sedar.

Poligami ialah pembongkar segala sifat-sifat mazmumah para isteri.
Semasa bermadu, akan timbul sifat tidak redha, tidak sabar, tidak bertolak ansur, derhaka kepada suami, maki hamun, hasad dengki, tamak haloba, rebut harta, mengamuk dan lain-lain yang kita sangka tidak ada semasa sebelum berpoligami.

Semasa berpoligamilah peluang untuk membongkar dan mengubati penyakit-penyakit tersebut sehingga isteri menjadi seorang isteri yang benar-benar solehah. Isteri yang baik dalam monogami belum tentu baik. Isteri yang baik dalam poligami ialah isteri yang telah terbukti kebaikannya. Isteri yang sayangkan suaminya dalam monogami mungkin sayangkan suaminya kerana suaminya. Tetapi isteri yang sayangkan suaminya dalam poligami menyayangi suaminya kerana Allah SWT.


Petikan dari sebuah forum Halaqah.net. Penulisnya tidak diketahui kerana yang di forum juga hasil dari copy paste.


Artikel ini banyak memberi motovasi kepada saya untuk menerima kehidupan poligami. Alhamdulillah..semuanya tepat dan benar-benar berlaku dalam kehidupan saya hari ini. Alhamdulillah..

Friday 18 November 2011

Poligami kerana Allah

Adalah sesuatu yang amat jarang berlaku di dalam masyarakat kita apabila seorang seorang lelaki ingin berpoligami kerana Allah. Lebih jarang lagi berlaku apabila dia ingin menikah lagi dengan seorang gadis yang belum ada rasa cinta padanya, sedangkan dia sudah punya seorang isteri yang sangat disayangi dan dicintainya. Kalau adapun suami yang berkata 'saya nak nikah lagi ni kerana Allah', tapi hakikatnya tidak. 
Begitu juga kisah si isteri yang menyarankan kepada suaminya agar berpoligami. Dan sesuatu yang jarang juga berlaku apabila seorang gadis menyediakan dirinya untuk bersedia berpoligami.
Alkisah si suami ingin berpoligami dan menyunting gadis lain bukan kerana isteri sedia ada mempunyai kekurangan diri, bukan kerana kasih sayang sudah hambar, tapi kerana Allah semata-mata.  Menjadikan poligami sebagai jalan menambah amal, meningkatkan ibadah dan menambah taqwa untuk menjadi insan yang bernilai di sisi Allah SWT.

Di pihak isteri pula, bagaimana dikatakan hidup bermadu ini sebagai suatu ibadah? Dengan mendidik hati dari sifat tercela yang memang menjadi fitrah manusia kerana kerja syaitan dan iblis, maka ini juga dikira ibadah. Pasti akan ada sifat cemburu, iri hati, hasad dengki, tamak, ingin menguasai dan sebagainya terjadi di dalam hubungan sesama manusia yang berpoligami.Maka jika segala sifat ini dapat dijaga, pintu-pintu untuk syaitan masuk ke dalam hati ini dipelihara, jadilah ia sebagai ibadah. Ibadah yang berkualiti , ibadah yang dilakukan semata-mata kerana Allah.

Keindahan itu akan kita rasa apabila hubungan kasih sayang  lebih intim, kehangatan dalam berasmara, kasih sayang yang utuh tanpa pernah ada curiga. Ia amat bahagia dan mengasyikkan didalam rumah tangga sedia ada. Curiga harus dielakkan kerana menimbulkan prasangka-prasangka buruk dan lebih malang lagi apabila prasangka-prasangka itu dibenarkan pula oleh hati si isteri lalu cuba disahkan dengan suami dengan cara yang akhirnya menyakiti hati suami. Jadi jangan ada curiga dalam hubungan poligami tidak terkecuali yang monogami.

Bagi yang sudah menjalani kehidupan berpoligami, isteri yang pertama perlu banyak-banyak bersabar, tekan nafsu kuat-kuat, belajar menangguhkan kemarahan dan cemburu dan carilah aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan ketika suami tiada di sisi. Layanilah suami sebaik-baiknya ketika dia bersama kita. 

Buat isteri kedua, belajar fahami suami kita. Perlu cepat belajar , jangan malas bertanya pada yang pertama. Pandai-pandailah bawa diri. Sabar dengan pandangan masyarakat. Ingatlah anda tidak pernah berbuat salah menikahi suami orang malah telah dipilih olehNya untuk melalui cabaran ini.

Wahai tuhan yang memiliki Arasy yang tinggi, Engkau teguhkan lah hati pasangan suami dan isteri-isteri ini berada dijalan yang benar,mantap dan tetap menuju kepada MU.


EMAS modal dah ade, bila lagi nak mula? -Bhg. 1

Bercerita pasal emas, saya mula tertarik dengan jual beli emas ni sejak diceritakan oleh seorang sahabat. Saya diperkenalkan dengan skim 35/65 oleh seorang dealer. Kami google2 skim ni, ternyata ia adalah satu cara perniagaan emas yang patut2x dielakkan. Kami suami isteri hampir-hampir melibatkan diri dengan skim tersebut. Kami tidak menyalahkan skim tersebut. Pada kami mereka yang terlibat dengan skim ni memang yang benar2 bersedia, duit yang mencukupi untuk bayar upah simpan di ar rahnu dan cukup ilmu emas. Kalau tidak, emas kita di bank tergadai. Putih mata!

Ok, setakat ini dulu. Saya berangan nak jadi dealer emas aje. Tapi kena timba ilmu dulu. Baru2 ni jumpa seorang dealer emas yang dah berjaya. Saya dah lantik dia jadi mentor aku memandangkan saya newbie. Boleh? hehee..Moga2 usaha ini dipermudahkanNya.  Amiin

Modal dah ade, bila lagi nak mula?

Wednesday 16 November 2011

Si sulung yang pergi sebelum sempat melihat dunia...

Tahun 2011 ini genap 8 tahun engkau pergi meninggalkan kami. Andai engkau ada, usiamu sudah pun mencecah 8 tahun. nenek kata wajahmu tak ubah seperti ayah walaupun dapat tatap seketika sebelum engkau disemadikan selamanya.
Kepedihan & kesedihan kehilanganmu mmg tak dapat digambarkan bila ibu berpantang tanpa adanya tangisan bayi. Sungguh pedih ujian yg Allah turunkan. Kehilangan anak sulung yg ibu nanti2 kan. Allah lebih sayangkanmu. Engkau baru nk masuk 5 bulan dlm kandungan ibu. Ibu tak tahu silapnya dimana. 3 hari air ketuban bocor tak berhenti. Kurangnya ilmu pada masa itu membuatkan ibu tahan sahaja tanpa merujuk kepada doktor. Masuk hari ketiga ibu terus rasa sakit nk bersalin. Ibu tak tahu apa yg perlu dibuat. Ibu tiada pengalaman. Bila doktor usung mama ke dewan bersalin ibu redha. Mudah shj ibu melahirkan engkau. Tapi ketika engkau keluar engkau langsung tak menangis. Mama dengar doktor jerit "baby aborted!" tapi ibu masih tak faham. Rupanya engkau sudah pun meninggal ketika lahir. Setelah selesai D&C, ibu direhatkan dan engkau diletakkan disebelah ibu. Bungkusan yang membalutimu dibuka oleh jururawat dan itulah pandangan pertama dan terakhir ibu buat kau. Engkau sudah berupa seorang manusia, cukup sempurna dan bila diangkat sedikit kakimu, nyata kamu adalah perempuan.


Kemudian ibu diusung ke wad pula. Ketika ibu hampir terlelap, doktor datang dan beritahu ibu kena tabah. Ibu diam aje. Ibu seperti dah jangka yg engkau mungkin tak dapat diselamatkan. Ayah yang dari mula menemani ibu banyak memberi kata2 perangsang. Seingat ibu ketika itu ibu tidak menangis sbb ibu redha pada ketentuan Ilahi.


Esoknya pensyarah datang menemani ibu mengambil exam semester akhir. Dua paper ibu jawab di atas katil hospital. Dengan kurang persediaan dan masih sakit, ibu cuba juga sebaik mungkin.


Tapi selama berpantang ibu sering menangis bila teringatkan engkau. Hinggalah ibu diberi tahu tentang syafaat anak yg meninggal semasa kecil membuatkan hati ibu gembira. Nantikan ibu & ayah di syurga ye...


Ibu doa agar cepat2 mengandung lagi. Alhamdulillah kini engkau punyai dua adik lelaki dan dua adik perempuan. Aina Maisarah Bt Sharizal.. ..engkau sentiasa di dalam ingatan ibu..